BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 12, 2009

Hari Keluarga KR-UTM 2009 10-12 Julai....

Minggu lepas telah berlansung Hari Keluarga KR-UTM di Lodge LGM Port Dickson. Seramai 51 orang dari 17 keluarga telah hadir. Banyak acara-acara yang telah dilaksanakan seperti sukaneka, cabutan bertuah dan persembahan karaoke dari setiap keluarga. Mula bertolak dari UTM selepas solat Jumaat, semua peserta telah tiba pada sebelah petang kecuali 4 keluarga yang tiba pada hari Sabtu.

Acara bermula dengan mesyuarat KR-UTM dan dalam mesyuarat itu, 2 acara telah dilangsungkan iaitu sesi bertukar hadiah dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Sukan Dalaman KR-UTM2009 yang lalu. Kemudian diteruskan dengan acara Sukaneka pada sebelah petang. Ada 6 jenis permainan dipertandingkan iaitu Boling Buah Kelapa, Bina Istana Pasir, Masuk Benang Dalam Jarum, Baling Telur, Jalan Ikat Kaki Sebelah dan Minum Air Sampai Habis.

Kemudian pada sebelah malam dilangsungkan Majlis BBQ dan Penyampaian Hadiah serta Cabutan Bertuah diselang-selikan dengan pertandingan Karaoke oleh setiap keluarga. Nak tahu siapa yang menang? Sila tengok di post yang berikutnya. Majlis berakhir kira-kira jam 11.30 malam. Keesokan paginya selepas sarapan, kesemua peserta mula meninggalkan Lodge LGM. Masing-masing membawa kenangan manis yang tak mungkin akan dilupakan. InsyaAllah di lain masa aktiviti ini akan diadakan lagi dengan perancangan yang lebih istimewa.

nota: Untuk melihat gambar sila klik pada Galeri Hari Keluarga KR-UTM2009.