BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 12, 2009

Hari Keluarga KR-UTM 2009 10-12 Julai....

Minggu lepas telah berlansung Hari Keluarga KR-UTM di Lodge LGM Port Dickson. Seramai 51 orang dari 17 keluarga telah hadir. Banyak acara-acara yang telah dilaksanakan seperti sukaneka, cabutan bertuah dan persembahan karaoke dari setiap keluarga. Mula bertolak dari UTM selepas solat Jumaat, semua peserta telah tiba pada sebelah petang kecuali 4 keluarga yang tiba pada hari Sabtu.

Acara bermula dengan mesyuarat KR-UTM dan dalam mesyuarat itu, 2 acara telah dilangsungkan iaitu sesi bertukar hadiah dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Sukan Dalaman KR-UTM2009 yang lalu. Kemudian diteruskan dengan acara Sukaneka pada sebelah petang. Ada 6 jenis permainan dipertandingkan iaitu Boling Buah Kelapa, Bina Istana Pasir, Masuk Benang Dalam Jarum, Baling Telur, Jalan Ikat Kaki Sebelah dan Minum Air Sampai Habis.

Kemudian pada sebelah malam dilangsungkan Majlis BBQ dan Penyampaian Hadiah serta Cabutan Bertuah diselang-selikan dengan pertandingan Karaoke oleh setiap keluarga. Nak tahu siapa yang menang? Sila tengok di post yang berikutnya. Majlis berakhir kira-kira jam 11.30 malam. Keesokan paginya selepas sarapan, kesemua peserta mula meninggalkan Lodge LGM. Masing-masing membawa kenangan manis yang tak mungkin akan dilupakan. InsyaAllah di lain masa aktiviti ini akan diadakan lagi dengan perancangan yang lebih istimewa.

nota: Untuk melihat gambar sila klik pada Galeri Hari Keluarga KR-UTM2009.

Monday, July 6, 2009

Hari Keluarga KR-UTM 2009

KR-UTM akan menganjurkan Hari Keluarga pada 10-12 Julai 2009 bertempat di LGM Lodge, Port Dickson, N.Sembilan. Seramai 17 keluarga akan menyertai acara ini. Antara aturcara yang dirancang adalah sukaneka dan majlis BBQ. Objektif utama Hari Keluarga ini adalah untuk merapat hubungan silaturahim antara keluarga KR-UTM. Nantikan laporannya minggu depan....

Thursday, May 14, 2009

Galeri Sambutan Hari Lahir Januari 2009

Gambar-gambar semasa sambutan Hari Lahir bulan Januari 2009.

Besday Boys & Girls - En. Aziz, Mimi, Kak Malis, Jas dan En. Hamzah

Upacara memotong kek oleh kesemua ahli yang menyambut hari lahir

Kak Malis tengah potong kek...kat belakang Mek Jas dah tak sabar nak makan...perut dah lapar katanya.

Mimi tengah potong kek sambil Kak Malis memerhati...

Bergabung memotong kek Hari Lahir

Birthday Girls....

Birthday Girls & En. Aziz

Galeri Ahli Majlis Tertinggi


Gambar Ahli Majlis Tertinggi KR-UTM 2009/2011. Berdiri dari kiri Ilyazar, Najib, Irwan, En. Rahim (Presiden), En. Aziz, En. Hamzah dan Hazlami. Duduk dari kiri Pn. Noraini, Cik Monica dan Rojasmani.

Wednesday, May 13, 2009

Galeri Acara KR-UTM

Pada 12 Mei 2009 telah berlangsung Majlis Kesyukuran Dan Sambutan Hari Lahir di UTM. Sambutan ini telah diadakan oleh Faris & Sara kerana mereka telah menjawat jawatan tetap di UTM. Turut serta ialah Che Din, Shanta dan Sara yang juga meraikan sambutan Hari Lahir mereka yang jatuh pada bulan April & Mei. Kat bawah ni ada gambar-gambar yang telah diambil oleh Johanna dengan bantuan HP beliau.

Kek Hari Lahir 3 nama

Lilin mula dipasang

Sedia untuk ditiup

Sara, Che Din, dan Shanta sedia untuk tiup lilin

Sara dah selesai tiup lilin dan Che Din guna tangan je matikan api lilin tu...

Tuesday, May 12, 2009

AKTIVITI 2009 - HARI KELUARGA UTM

Mesyuarat KR-UTM Kali Ke-2/2009 telah memutuskan bahawa acara ini akan diadakan pada 10, 11 dan 12 Julai 2009 bertempat di LGM Lodge Port Dickson, Negeri Sembilan. Ahli-ahli yang berminat sila hantarkan nama anda, nama suami/isteri dan bilangan anak yang akan dibawa kepada Irwan. Setakat ini sudah ada 10 nama yang akan menyertai acara ini iaitu

1) En. Rahim & Isteri serta 4 orang anak.
2) Irwan & Isteri.
3) Pn. Noraini & Suami serta 4 orang anak.
4) Harlaf Faisal
5) Faris Rasoulli
6) Mohd Hazlami & Isteri serta 1 orang anak.
7) Johanna & Suami serta 1 orang anak.
8) En. Hamzah & Isteri serta 3 orang anak.
9) Mohd Ilyazar
10) Najib Limun
11) Mimi Safinaz & suami serta 2 orang anak + org gaji
12) Rojasmani & suami serta anak + adik ipar

Harap semua dapat hadir untuk memeriahkan acara ini.

AKTIVITI 2009

Mesyuarat KR-UTM Kali Ke 1/2009 telah merancang aktiviti tahunan untuk ahli kelab.

1) Hari Keluarga - cadangan lokasi - Tiara Beach Resort, The Nube dan Glory Beach Resort di Port Dickson.

2) Sukan Dalaman - acara - Dam Aji, Karom, Congkak, Dart, Komputer.

3) Cabutan Bertuah setiap bulan.

3) Sambutan Hari Lahir ahli.

4) Membina blog KR-UTM

5) Membuat T-Shirt KR-UTM